Caliph Buskers

Caliph Buskers ialah sebuah kumpulan muzik Malaysia yang berstatus kumpulan muzik orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan.[1] Kumpulan ini ditubuhkan pada 2014 dengan barisan ahli kumpulan terdiri daripada Zaki Ismail (Bassist), Fendy Adlun (dram), Nirwan Zainalabidin (Guitarist), Khairul Azmi Saat (Vocalist/Keyboard) dan Nadira Rubina (Shaker). Bermula dengan mencipta nama sebagai penyanyi jalanan di sekitar ibu kota,[2] Caliph Buskers pertama kali mendapat perhatian umum sebaik sahaja membuat kemunculan pentas Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) dengan menyanyikan lagu "Romancinta" nyanyian asal kumpulan Mojo, sekaligus muncul sebagai pemenang trofi Persembahan Terbaik dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000.[3][4][5]